Wednesday, 28 December 2011

Hikmah di Balik Gerhana, Menurut Pandangan Islam



Gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi saw telah terjadi satu kali kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, gerhana ini terjadi pada 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah, iaitu pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pula berlaku pada pertengahan bulan Hijriah, bertepatan dengan meninggalnya putera beliau yang tercinta iaitu Ibrahim.



Kejadian gerhana bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :




Dari Abu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah”
(HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516)

Apabila berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan.

Bertaubat dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh.

Di samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir dan bersedekah di jalan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

“Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”.
(Hadis riwayat Bukhari)

Namun ramai yang menilai gerhana menggunakan mata bukannya hati, di mana manusia menilai kejadian yang berlaku hanya dengan kaca mata semata-mata tanpa menoleh ke sisi syar’i. Mereka melihatnya dengan pandangan sekadar fenomena alam, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.


Ada juga yang percaya dengan cerita-cerita tahyul seperti serigala kejadian, hantu dan bermacam-macam lagi apabila gerhana berlaku. Dan lebih malang lagi anak kecil pun di ajar begitu.

Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan khurafat dari sebarang fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai kepercayaan karut dan khurafat boleh membawa ke lembah syirik kepada-Nya.

ALLAH MENEGUR RASULULLAH


Mukadimah
SURAH ini termasuk dalam surah makkiah. Diturunkan selepas surah al-Najm. Dalam surah terdahulu dinyatakan berkenaan hari kiamat, manakala dalam surah ini pula menceritakan perihal orang yang mengambil manfaat daripada peringatan itu.

Firman Allah SWT: Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta.

Ibn Ummi Maktum datang menghadap Nabi Muhammad SAW di Mekah. Ketika itu baginda asyik bercakap-cakap dengan pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Utbah dan Syaibah, kedua-duanya ialah anak Rabi’ah, Abu Jahl Ibn Hisham, Abbas Ibn Abd al-Mutallib, Umayyah Ibn Khalaf dan al-Walid Ibn al-Mughirah untuk diajak kepada Islam, diberi peringatan tentang kedatangan hari kiamat, kekuasaan Allah SWT dan diharapkan sebagai orang yang akan menerima balasan baik jika menganut Islam.

Manusia yang baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah SAW amat mengharapkan agar seruannya itu diterima kerana baginda mengetahui andainya mereka menganut Islam pasti ramai yang akan mengikut mereka.

Ini kerana kuasa kepimpinan bangsa Arab terletak di tangan mereka. Ketika baginda asyik bercakap-cakap, tiba-tiba Ibn Ummi Maktum mencelah, katanya: “Ya Rasulullah, bacakan dan ajarkanlah aku apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada tuan”.

Berulang kali ucapan itu disampaikan tanpa dia mengetahui kesibukan baginda bersama-sama tokoh kaum yang sedang berbicara sehingga baginda berasa tidak senang hati apabila percakapannya disampuk dan nampak rasa kurang selesa pada raut wajah baginda lalu berubah mukanya menjadi masam lantas ia berpaling.

Firman Allah SWT: Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepada-Nya.


Syed Qutb berkata: Tahukah engkau barangkali hati lelaki akan disinari nur Allah yang akan mengubahnya menjadi rumah nur yang sentiasa menerima nur dari langit?

Kebajikan ini akan menjadi kenyataan apabila ada hati yang membuka pintunya untuk menerima hidayah dan apabila hakikat iman terpacak kukuh di dalam hatinya. Inilah persoalan agung dalam neraca pertimbangan Allah SWT.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran). Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).


Ibn Kathir berkata: Engkau tidak dituntut melakukan hal tersebut jika ia tidak membersihkan dirinya.

Firman Allah SWT: Adapun orang yang segera datang kepada-Mu. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Al-Maraghi berkata: Ternyata engkau mengabaikan permintaannya.

Firman Allah SWT: Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya. Wasiat ini berlaku sama kepada seluruh umat manusia dalam menyampaikan ilmu baik antara orang mulia mahupun orang yang hina.


Qatadah dan al-Suddi mengatakan: Iaitu al-Quran. Ini bagi yang sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah SWT: (ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), (terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz (malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

Al-Maraghi berkata: Peringatan itu telah dicantumkan dalam kitab Allah SWT yang mulia lagi tinggi, suci dari sebarang kekurangan, tidak bercampur dengan unsur-unsur kesesatan dan diturunkan kepada nabi melalui para malaikat, kemudian peringatan itu diteruskan kepada seluruh manusia.

Penutup

Syed Qutb berkata: Ayat-ayat al-Quran itu mulia dalam semua pertimbangan dan mulia dalam suhuf-suhufnya. Ia dijunjung tinggi dan suci.

Ia diserahkan kepada utusan-utusan para malaikat ang tertinggi, mulia dan taat setia untuk dikirimkan kepada para rasul yang terpilih di bumi supaya disampaikan kepada penghuni-penghuninya.

Itulah sifat malaikat yang mulia dan taat setia. Ayat-ayat itu amat mulia dan suci dalam segala perkara yang dibicara dan disentuh olehnya.

Ayat-ayat tersebut sungguh mulia dan tidak ditawarkan kepada orang-orang yang enggan menerimanya dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak memerlukannya. Ia untuk orang yang mengiktiraf kemuliaannya dan mahu membersihkan diri dengannya.

Penjelasan ayat ini merupakan neraca Allah untuk pertimbangan manusia dan kedudukan mereka dan hanya Dia yang mampu mengatur segala-galanya.

HARAM BERDOA SUPAYA LEKAS MATI



RASULULLAH saw bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”

Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.

2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.

3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

BEKAS PERDANA MENTERI BRITAIN BACA AL-QURAN SETIAP HARI



LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: “Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini.”

“Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna,” ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. – Agensi

Sumber: Kosmo

DUNIA YANG PALING AKU SUKAI IALAH WANITA SOLEHAH


Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. :

"Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang



Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".

Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"

Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata

Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."

Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"

Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:

Sabar terhadap bencana.
Sabar berlaku taat.
Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.

Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."

MIMBAR MASJID NABI MENANGIS


Dan tidak ada yang menghalangi kami akan mengutuskan dengan tanda-tanda (mukjizat) melainkan telah didustakan oleh orang-orang terdahulu… (al-Israk:

Masjid Nabawi adalah masjid yang dibina hasil gotong-royong orang Ansar dan Muhajirin sejurus sahaja Rasulullah SAW berhijrah daripada Mekah ke Madinah.

Tapak masjid tersebut adalah tempat perhentian pertama unta putih Rasulullah. Ketika orang Muhajirin sampai ke Madinah, mereka disambut dengan meriah oleh orang Ansar.

Semua penduduk Madinah berebut-rebut mendapatkan Rasulullah supaya baginda berhenti dan singgah di rumah mereka.

Lalu baginda menyerahkan kepada unta putih baginda untuk membuat keputusan.

Kemudian unta putih itu berjalan lalu berhenti di satu kawasan lapang berdekatan dengan tanah perkuburan. Maka baginda telah mencadangkan untuk membina sebuah masjid di situ yang dikenali sebagai Masjid Nabawi.

Dalam masjid itu, baginda telah membina mimbar yang diperbuat daripada batang tamar. Di mimbar itulah Rasulullah menyampaikan khutbah kepada kaum baginda.

Tidak kira pada waktu sembahyang ataupun pada waktu-waktu yang lain. Masjid itu juga sentiasa menjadi tumpuan orang. Sekiranya ada perbincangan atau majlis ilmu, Masjid Nabawi menjadi pusat perjumpaannya.

Setelah beberapa lama masjid itu dibina dan digunakan, mimbarnya mula menjadi reput. Rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru. Lalu Rasulullah dan orang-orang Islam bertungkus-lumus mengumpulkan batang tamar. Tiang mimbar yang lama telah diruntuhkan dan disimpan di tempat lain untuk digantikan dengan yang baru.

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu suara tangisan. Mereka tercari-cari suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya. Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab:

“Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”

Rasulullah tersenyum lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.”

Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis.

Monday, 19 December 2011

BUKTI - BUKTI KEDATANGAN NABI MUHAMMAD DALAM KITAB AGAMA LAIN



Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.

1 ) Nabi Muhammad dalam Agama Hindu

Ramalan Terpenting

Kalky Autar

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari ALAHABAD University India mengajak kepada umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” artinya : turun. “tr” artinya melewati. Jadi arti kata Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalky Avtar artinya adalah : “utusan terakhir”.

Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27 :

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yg berada di lingkungan itu, yg kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara jenggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dg tanaman semak2x/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).” (Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
Kalki memusnahkan patung ( Kalki Avtar )

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
Patung-patung dimusnahkan, pemujaan dihentikan.
Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tiada kelihatan lagi.


2 ) Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi

Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:



“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mere ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat


Nabi Muhammad dalam Kitab Taurat

Dalani kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berIirman kepada Nabi Musa, katanya :

m

“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang men] adikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.

Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus-Nya-lah Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.

Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan TuhanInjil Bamaba, 163)

Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam mi. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-lokkan aku di hari Qiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang “Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).


3) Nabi Muhammad dalam Agama Buddha
Tradisi Budha
Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (hal.217-8) tercantum bahwa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini.

Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: “Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang.” Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan). Ada sejumlah kesamaan lain yang akan diuraikan di bawah.

seorang Budha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat terang dan bahwa seorang Budha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw acap melakukan shalat malam (tahajjud) sebagai pantulan cintanya yang mendalam kepada Sang Pencipta. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan shalat malam. Buahnya, beliau mendapatkan pandangan yang tajam untuk merekonstruksi peradaban baru manusia, peradaban Islam.

Gautama Buddha berkata

Dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76, menyatakan yang bermaksud,” Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.

Gautama Buddha sendiri berkata :

Ini dijawab oleh Gautama Buddha yang bermaksud, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana , yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.

JAAFAR ABU TALIB DIBERI SAYAP SURGA

Makam Jaafar at - Taiyar Al Karak - Jordan

JAAFAR bin Abi Talib atau dikenali dengan gelaran Jaafar at- Taiyar merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja mempunyai bentuk badan dan raut wajah yang menyerupai Rasulullah, malah perangainya juga seakan-akan sama dengan baginda.

Beliau adalah seorang pemuda yang jujur, amanah, bijak, dan termasuk salah seorang pelopor ternama Islam.

Jaafar memeluk Islam bersama-sama dengan isterinya Amma binti Umais pada hari yang sama. Mereka berdua bersama-sama menanggung segala pahit perit dengan ketabahan tanpa memikirkan bilakah penderitaan itu akan berakhir.

Mereka juga telah menyertai rombongan awal kaum Muslimin untuk berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad, Abdullah dan Auf.

Selama berada di Habsyah, Jaafar menjadi jurubicara yang lancar dan sopan sesuai dengan panji Islam yang dipegangnya. Itulah nikmat Allah yang tidak ternilai dikurniakan kepadanya. Ini berlaku semasa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.

Penghijrahan itu membuatkan puak Quraisy berasa tidak senang hati. Maka mereka pun menghantar utusan untuk mempengaruhi dan memperdayakan pemerintah Ethiopia. Pemerintah Habsyah ketika itu bernama Najashi (Negus) yang menganut agama Nasrani.

Utusan puak Quraisy telah membawa banyak hadiah untuk memujuk pemerintah Habsyah agar tidak membenarkan kaum Muslimin tinggal di sana.

Najashi sebagai pemerintah telah mengadakan satu pertemuan. Pertemuan itu dihadiri oleh kaum Muslimin, puak Quraisy dan pemimpin-pemimpin agama Najashi.

Pada kesempatan itulah, puak Quraisy telah berkata: “Wahai Raja yang mulia, telah menyusur ke negeri paduka orang yang bodoh dan tolol. Mereka tinggalkan agama nenek moyang dan tidak pula menganut agama paduka, tetapi mereka membawa agama baru yang tidak pernah kami kenali.”

Najashi pun bertanya kepada kaum Muslimin: “Agama apakah yang kamu bawa yang bukan agama kami?”

Jaafar pun bangkit berdiri dan menjawab dengan sopan serta lancar sekali.

Katanya: “Wahai paduka yang mulia. Dahulu kami memang orang-orang bodoh dan jahil, kami menyembah berhala dan melakukan bermacam-macam perkara lagi.

“Tetapi kini Allah SWT mengirimkan seorang rasul untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Kami menerimanya dan oleh sebab itulah kaum kami memusuhi kami. Lantaran itulah kami berpindah ke negeri paduka.”

Najashi pun bertanya lagi: “Apa pandangan kalian tentang Isa?”

Jaafar pun bangkit lagi: “Baginda ialah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya serta kalimah-Nya yang ditiupkan kepada Maryam dan roh daripada-Nya.”

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Najashi berpuas hati dan membenarkan mereka terus tinggal di Habsyah.

Jaafar telah syahid ketika menyertai peperangan Muktah. Beliau berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaupun beliau cedera, namun panji Islam masih tetap dipeluk kukuh di celah-celah pangkal dada dan lengannya. Pada waktu itu, kedua-dua belah tangannya telah pun putus dipotong oleh pihak musuh.

Ketika beliau syahid, terdapat lebih 90 kesan tikaman pada seluruh badannya.

Rasulullah menyifatkan kedudukan Jaafar sebagai burung bersayap dua di syurga.

TRANSFORMASI JIWA DAN ROHANI



Awal Muharram menjelma lagi. Semangat Hijrah yang berlalu beribu tahun dahulu ditagih oleh seluruh Umat Islam serata dunia. Semangat inilah yang akan memberi suntikan dan inspirasi kepada seluruh umat Islam melakukan perubahan dan transformasi ke arah hidup yang lebih cemerlang sama ada dari aspek spiritual dan material. Pihak kerajaan khususnya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan kerajaan melalui agenda transformasi. Transformasi menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud perubahan bentuk (sifat,rupa atau keadaan). Dalam erti kata yang lain ia merupakan satu proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, lain daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna.

Menurut perspektif Islam proses transformasi atau perubahan ini tidak terhasil melainkan perubahan terbitnya dalam diri setiap individu. Atas dasar inilah Allah berfirman di dalam surah al-Nahl ayat 11 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Sebagai umat Islam transformasi dalam diri kita bukanlah hanya setakat dalam aspek ibadah semata-mata tetapi ia melingkupi segenap aspek, sama ada perubahan dalam meningkatkan taraf kehidupan, ekonomi, penguasaan ilmu pengetahuan dan malah lebih luas daripada itu.

Walaubagaimanapun transformasi jiwa dan rohani sebenarnya adalah menjadi tunjang dan asas yang utama. Apabila transformasi jiwa dan rohani telah berlaku dalam diri manusia maka sebarang transformasi sama ada melibatkan pentadbiran, ekonomi, pendidikan malah politik dapat dicapai dengan mudah.

Di samping usaha kerajaan memantapkan aspek ekonomi, perpaduan dan pembangunan negara, transformasi pembangunan modal insan perlulah diletakkan sebagai priority yang utama. Masyarakat perlu dilibat dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat mendidik rohani dan akhlak mereka. Sebaliknya,hiburan-hiburan dan aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan faedah haruslah disekat atau digantikan dengan program alternatif yang membina perpaduan, menerapkan semangat patriotik seterusnya mendidik jiwa rakyat.

Media cetak dan elektronik pula disarankan untuk memperbanyakkan filem dan rancangan harian berunsurkan pengajaran, pembinaan jatidiri, penghayatan agama dan pencerdasan minda. Dengan cara ini sedikit sebanyak melahirkan rakyat yang cemerlang dan seimbang antara aspek duniawi dan ukhrawi.

Allah berfirman di dalam surah al-A’raaf ayat 96 yang bermaksud:

“Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Peranan Ketua Keluarga juga adalah besar sekali dalam proses transformasi membentuk keluarga yang cemerlang dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ia dapat dicapai dengan sentiasa melazimi solat berjemaah sekeluarga di samping menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Ibu bapa perlu peka mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

Sebagai Ketua Keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak dilahirkan fitrahnya suci bersih, maka ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

"Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'"

(Riwayat Bukhari)

Dalam proses transformasi diri, Setiap individu haruslah dari masa ke semasa berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti jiwa dan rohani dan Islam menganjurkan umatnya bermuhasabah. Bermuhasabah bererti kita menilai dan hasil amalan yang kita lakukan sehari-hari, sekiranya terdapat kekurangan kita perbaiki dan sekiranya sudah baik kita tingkat dan tambah amalan.

Kesimpulannya, proses transformasi bukan merupakan satu proses mudah yang dapat dilihat hasilnya sekelip mana. Kita tidak mahu perubahan yang berlaku itu hanya pada permulaannya sahaja dan ia kemudian akan kembali kepada sediakala. Transformasi di sini ialah perubahan yang bermula dan berkekalan selama-lamanya. Justeru bagi merealisasikan usaha transformasi ini tercapai ia memerlukan pengorbanan, kesabaran dan gerak kerja yang berterusan dan istiqamah.

Mengetahui waktu Sembahyang


Hadith:
“Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari”.

Muslim

Huraian
1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp

15 Rahsia Kaabah di Mekah


Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Lupa & Cara Mengatasinya


Anda merupakan seorang pelupa (jangka masa pendek) apabila

Anda tidak tahu nak buat apa hari ini walaupun dah plan semalam
Anda tak pasti apa lagi kerja yang perlu diselesaikan di pejabat sehinggalah bos bising
Anda perlukan bantuan seperti kalendar, PDA (dll) sebagai reminder
Anda lupa lirik lagu kegemaran anda
Anda tak ingat apa yang anda sedang fikirkan 10 saat sebelum itu
Anda lupa nama kenalan baru yang baru jumpa tadi!
Anda tiba-tiba gelak tapi tak tau pasal apa
Anda lupa nak tulis di blog pasal apa
Anda lupa apa yang anda lupa!

dan banyak lagi, ku dah lupa apa nak tulis..Sindrom lupa boleh menyebabkan kita stress, lebih-lebih lagi apabila kita cuba untuk ingat apa yang kita lupa, adoi!

Beberapa cara mengatasi (atau mengurangkan) lupa:
1. Solat dan doa jangan tinggal. Dari segi saintifik, apabila sujud, darah lebih banyak mengalir ke bahagian kepala.
2. Amalkan baca al-Qur’an. Ini juga dikatakan boleh elak dari penyakit nyanyuk!
3. Elakkan makan kepala ikan dan semut!
4. Amalkan makan kismis dan madu. Elakkan makan hingga kenyang dan kurangkan makan benda masam
5. Elakkan melihat najis dan kemaluan
6. Jangan fikir yang bukan-bukan!

Teka-Teki Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah allah

Peta Hidup


Klik untuk paparan lebih besar

“Andai kau peroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya,
Andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya,
Hidup ini sementara”

Kesempurnaan Wudhuk


Hadith:
Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

(Muslim)

Huraian
Wudhuk mempunyai enam rukun dan syarat sah wudhuk bergantung kepada enam rukun tersebut. Jika tertinggal atau sengaja meninggalkan salah satu daripada rukun itu, maka wudhuk dikira tidak sah. Rukun-rukun wudhuk ialah:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengambil wudhuk yang ertinya “Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta’ala”.

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3 kali.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU, mengalir dan meratakan air dari bahagian siku hingga ke hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, juga dilakukan sebanyak – 3 kali.

4. MENYAPU AIR DI KEPALA iaitu menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. – 3 kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali, mulakan sebelah kanan dahulu. – 3 kali.

6. TERTIB iaitu mengikut turutan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1100

CHAT : Satu pandangan


Dalam usrah baru-baru ini, saya dan sahabat-sahabat seusrah bersama naqibah banyak membincangkan tentang pergaulan tanpa batas hari ini terutama di kalangan remaja walaupun mereka berlatarbelakangkan pengajian agama di universiti.

"Saya tengok 'suasana' di ***, dah tak sama sebagaimana ketika saya mengajar di sana 15 tahun yang lalu..." kata seorang rakan usrah.

Pada saya, bila memperkatakan tentang remaja, orang dewasa juga perlu 'melihat' dirinya sendiri, bahawa mereka adalah cerminan kepada individu yang masih muda di bawah mereka.

Contohnya, bagaimana seorang ayah/ibu berchatting di fb, YM atau seumpamanya bersama lawan gender, tidak mengawal kata-kata, pertanyaan yang meleret-leret tanpa keperluan, maka keadaan yang sama juga boleh berlaku di antara anak-anak dan rakan-rakan mereka atau mungkin mereka menjadi lebih jauh lagi dari apa yang dilakukan oleh ibu bapa.

Saya masih ingat ketika berusia awal 20-an suatu masa dulu ( masih di IPTA ) saya menelefon seorang alim yang amat saya hormati cara pergaulannya dan penghormatannya kepada kaum wanita. Sebaik mengangkat gagang telefon, beliau terus bertanya apakah keperluan saya menghubunginya. Bila saya melontarkan persoalan, beliau terus menjawab pertanyaan itu, tanpa bertanya lebih lanjut seperti saya belajar di mana, jurusan apa dan seumpamanya . Sebaik selesai memberikan jawapan, beliau meminta maaf, memberi salam dan terus mengakhiri perbualan.

Pada saya, inilah contoh yang amat baik agar pergaulan antara dua jantina dapat dijaga sebaik-baiknya. Walaupun jarak usia antara keduanya mungkin jauh, namun syaitan tidak memandang itu semua. Asal saja ada ruang, fitnah yang merosakkan boleh saja mengetuk jendela rasa. Setiap sesuatu itu bermula dengan langkah pertama...demikian juga dalam perhubungan antara 'Adam dan Hawa' ini.

Amanah dalam menjaga batas perhubungan, baik di hadapan orang lain atau ketika bersendirian inilah yang menjadi ujian semua orang baik seseorang itu bergelar ustaz/ustazah sekalipun. Seorang suami/isteri, boleh saja menahan diri atau mengawal perbualannya ketika berchatting/ berbual dengan orang lain berlainan jantina di rumah atau ketika pasangan dan anak-anak ada bersama, akan tetapi bila bersendirian di pejabat atau ketika berjauhan dari pasangan dan anak-anak, maka kawalan itu sudah longgar.....terlepas dari batas dan sempadan.

Di sini, situasi yang ada menuntut kejujuran kita kpd ALLAH dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada-NYA. Jika muraqabatillah kita kuat ( iaitu merasa diri sentiasa dalam pandangan ALLAH ), maka itu yg akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama dengan teknologi moden ini.

Saya memohon perlindungan dari ALLAH SWT dan mengajak kita semua melihat ke dalam diri, kita adalah cerminan kepada generasi masa depan.

Andai benar kita menyayangi anak-anak kita, marilah bersama memperbaiki cara pergaulan kita. Baik di alam maya, lebih-lebih lagi di alam realiti.

kod E dalam makanan halal atau haram



Bismillahirahmannirahim..

Pengenalan tentang kod ‘E’

E- bererti EC (European communities)
E-Kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif dalam makanan. Sebahagian ‘Kod E’ ini diharamkan di sesetengah negara. Di United Kingdom kod emulsifiers yang tidak disertai dengan huruf E juga diterima tetapi tidak dibenarkan di sesetengah negara lain.

‘Kod E’ ini dikategorikan sebagai berikut:-

‘Kod E’ Additif Makanan

100-180 Pewarna
200-252 Preservatif
260-297 Pengasid (Acidities)
300-385 Anti oksidan
400-429 Penebal (Thickeners)
430-499 Emulsifiers
620-640 Penggalak Rasa
950-967 Pemanis

Status Halal:

Status Halal hanya diberikan kepada bahan-bahan (ingredien) yang diperolehi 100% bahan mentah yang halal tanpa menggunakan alkohol (arak). Ia adalah bahan berasal dari bahan tumbuhan dan kimia.

Haram:

Bahan yang diperolehi daripada sumber binatang atau menggunakan sumber arak. Semua binatang yang tidak disembelih mengikut Islam juga haram meskipun ia binatang yang halal dimakan kerana nama Allah tidak disebut semasa penyembelihan. Kesemua produk hasilan (by product) yang tidak disembelih juga dianggap haram. By product daripada Khinzir juga haram.

Masybuh atau Syubahat (Ragu):
Status syubahat diberikan kepada Kod E sekiranya sumbernya tidak diketahui sama ada dari tumbuhan atau binatang serta kekurangan maklumat tentang penggunaan bahan asas yang bersumberkan arak. Ada setengah negara tidak mensyaratkan bahan proses pembantu yang dimasukkan bahan pengawet dsbnya.

KOD E YANG HARAM :
Bahan-bahan E di bawah dikira sebagai Haram:

1. E 120: Cochineal (warna merah dari serangga) mengikut Mazhab Hanafi
2. E 441: Gelatin, jika sumber dari khinzir
3. E 542: Edible Bone Phosphate jika sumber dari khinzir

Maklumat di atas cukup berguna untuk barangan makanan yang diimpot. Bagi makanan keluaran tempatan, sila semak dengan pengeluar. Kebiasaannya negara kita mengikut British atau American Standard untuk tujuan coding atau measurement. Adalah dinasihatkan menyemak terlebih dahulu jika kurang yakin.

Amaran: Tidak semua bahan adalah 100% asli. Bahan tersembunyi atau bahan pembantu pemerosesan juga ditambah untuk membantu menyurai, mencampur atau memproses bahan makanan dalam sesuatu sistem makanan. Kebiasaannya bahan tersembunyi ini tidak dicatatkan bersama bahan-bahan yang digunakan dalam makanan sebagaimana yang tertera pada pembungkusan produk kerana ia di bawah peratusan kurang dari 2% yang dibenarkan. Makanan impot umpamanya Beta Kerotin tidak 100% tetapi hanya 98% dan 2% lagi mungkin minyak sayuran atau gelatin ikan. Inilah masalah kita yang perlu kita sahkan bahan tersembunyi yang perlu dipantau oleh JAKIM terutamanya pengeluar bukan Islam.

Diharapkan maklumat ini berguna untuk anda menyemak ingredien pada makanan yang diimpot dan juga tempatan.
Halal Kod Name Category
? E100 Curcumin/Turmeric Color
? E101 Riboflavin (Vitamin B2) Color
? E102 Tartrazine Color
? E103 Chrysoine Resocinol This is coloring E-Number but Halal only if the solvents are Halal
? E104 Quinoline Yellow Color
? E105 Fast Yellow AB A coloring agent, Halal only if the solvents are Halal.
? E107 Yellow 2G Colors
? E110 Sunset Yellow FCF / Orange Yellow S Color
X E120 Cochineal / Carminic Acid Color
/ E1200 Polydextrose A starch based thickening, stabilizer, humectant.
? E122 Carmoisine / Azorubine Color
? E123 Amaranth Color
? E124 Ponceau 4R / Cochineal Red A Color
? E127 Erythrosine BS Color
? E128 Red 2G Colors
? E131 Patent Blue V Color
? E132 Indigo Carmine / Idigotine Color
? E133 Brilliant Blue FCF Colors
? E140 Chlorophyll Color
/ E1400 Dextrin A starch based thickening agent.
/ E1401 Modified Starch A starch modified by chemicals.
? E141 Copper Complex of Chlorophyll Color
? E142 Green S / Acid Brilliant Green BS Color
/ E150(a-d) Caramel Color/with chemicals Color
? E151 Black PN / Brilliant Black BN Color
/ E1520 Propylene Glycol A petroleum based humectant.
? E153 Carbon Black / Vegetable Carbon (Charcoal) Color
? E154 Brown FK Colors
? E155 Brown HT Colors
? E160a Alpha, Beta, Gamma Color – Carotene
/ E160b Annatto, Bixin, Norbixin Color – Carotene
? E160c Capsanthin / Capsorbin Color- Carotene
? E160d Lycopene Color – Carotene
? E160e Beta-apo-8-carotena l Color – Carotene
? E160f Ethyl ester of Beta-apo-8-cartonoi c acid Color – Carotene
? E161a Flavoxanthin Color
? E161b Lutein Color
? E161c Cryptoxanthin Color
? E161d Rubixanthin Color
? E161e Violaxanthin Color
? E161f Rhodoxanthin Color
? E161g Canthaxanthin Color
? E162 Beetroot Red / Betanin Color
? E163 Anthocyanins Color
? E170 Calcium Carbonate (Chalk) Color – Inorganic
/ E171 Titanium Dioxide Color – Inorganic
/ E172 Iron Oxides and Hydroxides Color – Inorganic
/ E173 Aluminium Color – Inorganic
/ E174 Silver Color – Inorganic
/ E175 Gold Color – Inorganic
? E180 Pigment Rubine / Lithol Rubine BK Color – Inorganic
/ E200 Sorbic Acid Preservative
/ E201 Soduim Sorbate Preservative
/ E202 Potassium Sorbate Preservative
/ E203 Calcium Sorbate Preservative
/ E210 Benzoic Acid Preservative
/ E211 Sodium Benzoate Preservative
/ E212 Potassium Benzoate Preservative
? E213 Calcium Benzoate Preservative
? E214 Ethyl 4-hydroxybenzoate Preservative
? E215 Ethyl 4-hydroxybenzoate, Sodium Salt Preservative
? E216 Propyl 4-hydroxybenzoate Preservative
? E217 Propyl 4-hydroxybenzoate, Sodium Salt Preservative
? E218 Methyl 4-hydroxybenzoate Preservative
? E219 Methyl 4-hydroxybenzoate, Sodium Salt Preservative
/ E220 Sulphur Dioxide Preservative
/ E221 Sodium Sulphite Preservative
/ E222 Sodium Hydrogen Sulphite Preservative
/ E223 Sodium Metabisulphite Preservative
/ E224 Potassium Metabisulphite Preservative
/ E226 Calcium Sulphite Preservative
? E227 Calcium Hydrogen Sulphite Preservative
/ E228 Potassium Hydrogen sulphite A preservative.
? E230 Biphenyl / Diphenyl Preservative
? E231 2-Hydroxybiphenyl Preservative
? E232 Sodium Biphenyl-2-yl Oxide Preservative
? E233 2-(Thiazol-4- yl) Benzimidazole Preservative
/ E234 Nisin Preservative – other
/ E239 Hexamine Preservative – other
/ E249 Potassium Nitrate Preservative
/ E250 Sodium Nitrite Preservative
/ E251 Sodium Nitrate Preservative
/ E252 Potassium Nitrate(Saltpetre) Preservative
/ E260 Acetic Acid Miscellaneous – Acids
/ E261 Potassium Acetate Miscellaneous – Acids
/ E262 Sodium Acetates Prservative or acid regulator
/ E263 Calcium Acetate Miscellaneous – Acids
? E270 Lactic Acid Miscellaneous – Acids
/ E280 Propionic Acid Preservative – Acids
/ E281 Sodium Propionate Preservative- Acids
? E282 Calcium Propionate Preservative- Acids
/ E283 Potassium Propionate Preservative- Acids
/ E284 Boric acid Preservative.
/ E290 Carbon Dioxide Miscellaneous
/ E296 Malic Acid Miscellaneous – Acids and their Salts
/ E297 Fumaric Acid Miscellaneous – Acids and their Salts
/ E300 L-Ascorbic Acid (Vitamin C) Antioxidants- Vitamin C
/ E301 Sodium-L-Ascorbate Antioxidants- Vitamin C and derivatives
? E302 Calcium-L-Ascorbate Antioxidants- Vitamin C and derivatives
? E304 Ascorbyl Palmitate Antioxidants- Vitamin C and derivatives
? E306 Antioxidants- Vitamin E Natural Extracts rich in Tocopherols
? E307 Synthetic Alpha-Tocopherol Antioxidants- Vitamin E
? E308 Synthetic Gamma-Tocopherol Antioxidants- Vitamin E
? E309 Synthetic Delta-Tocopherol Antioxidants- Vitamin E
/ E310 Propyl Gallate Antioxidants- other
? E311 Octyl Gallate Antioxidants- other
? E312 Dodecyl Gallate Antioxidants- other
/ E315 Erythorbic acid Antioxidant.
? E320 Butylated Hydroxyanisole (BHA) Antioxidants- other
? E321 Butylated Hydroxytoluene (BHT) Antioxidants- other
? E322 Lecithin Emulsifiers and Stabilizers
? E325 Sodium Lactate Miscellaneous – Salts of Lactic Acid
? E326 Potassium Lactate Miscellaneous – Salts of Lactic Acid
? E327 Calcium Lactate Miscellaneous – Salts of Lactic Acid
/ E330 Citric Acid Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
/ E331 Sodium Citrates Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
/ E332 Potassium Citrates Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
? E333 Calcium Citrates Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
? E334 Tartaric Acid Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
? E335 Sodium Tartrates Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
? E336 Potassium Tartrates (Cream of Tartar) Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
? E337 Potassium Sodium Tartrates Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
/ E338 Orthophosphoric Acid Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
/ E339 Sodium Phosphates Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
/ E340 Potassium Phosphates Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
? E341 Calcium Phosphates Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
/ E350 Sodium Malate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E351 Potassium Malate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E352 Calcium Malate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E353 Metataric Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E355 Adipic Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E363 Succinic Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E370 1,4-Heptonolactane Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E375 Nicotinic Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E380 Triammonium Citrate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E381 Ammonium Ferric Citrate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E385 Calcium Disodium EDTA Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E400 Alginic Acid Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E401 Sodium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E402 Potassium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E403 Ammonium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
? E404 Calcium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E405 Propane-1,2- Diol Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E406 Agar Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E407 Carrageenan Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E410 Locust Bean Gum (Carob Gum) Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E412 Guar Gum Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E413 Tragacanth Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E414 Gum Acacia (Gum Arabic) Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E415 Xanthan Gum Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E416 Karaya Gum Emulsifiers and Stabilizers
/ E420 Sorbitol Sugar Alcohols
/ E421 Mannitol Sugar Alcohols
? E422 Glycerol Sugar Alcohols
/ E425 Konjac A gum.
? E430 Polyoxyethane (8) Stearate Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E431 Polyoxyethane (40) Stearate Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E432 Polyoxyethane (20) Sorbitan / Polysorbate 20 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E433 Polyoxyethane (20) Sorbitan Mono-oleate / Polysorbate 80 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E434 Polyoxyethane (20) Sorbitan Monopalmitate / Polysorbate 40 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E435 Polyoxyethane (20) Sorbitan Monostearate / Polysorbate 60 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E436 Polyoxyethane (20) Sorbitan Tristearate / Polysorbate 65 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
/ E440a Pectin Emulsifier and Stabilizer – Pectin and derivatives
/ E440b Amidated Pectin Emulsifiers and Stabilizers – Pectin and derivatives
X E441 Gelatin Gelatin from Zabiha slaughtered animal is considered Halal.
/ E450a,b,c Sodium and Potassium Phosphates and Polyphosphates Miscellaneous
/ E460 Microcrystalline / Powdered Cellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E461 Methylcellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E463 Hydroxypropylcellul ose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E464 Hydroxypropyl- Methylcellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E465 Ethylmethylcellulos e Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E466 Carboxymethylcellul ose, Sodium Salt Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
? E470 Sodium, Potassium and Calcium Salts of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E471 Mono-and Diglycerides of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E472 Various Esters of Mono-and Diglycerides of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E472e Monoand diacetyl tartaric acid esters of mono & diglycerides Halal only if it is obtained from plant fat.
? E473 Sucrose Esters of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E474 Sucroglycerides Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E475 Polyglycerol Esters of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E476 Polyglycerol Esters of Polycondensed Esters of Caster Oil Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E477 Propane-1,2- Diol Esters of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E478 Lactylated Fatty Acid Esters of Glycerol and Propane-1,2- Diol Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E481 Sodium Stearoyl-2-Lactylat e Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E482 Calcium Stearoyl-2-Lactylat e Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E483 Stearyl Tartrate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E491 Sorbitan Monostearate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E492 Sorbitan Tristearate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E493 Sorbitan Monolaurate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E494 Sorbitan Mono-oleate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E495 Sorbitan Monopalmitate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
/ E500 Sodium Carbonate / Sodium Bicarbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E501 Potassium Carbonate / Potassium Bicarbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E503 Ammonium Carbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E504 Magnesium Carbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E507 Hydrochloric Acid Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E508 Potassium Chloride Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E509 Calcium Chloride Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E510 Ammonium Chloride Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E513 Sulphuric Acid Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E514 Sodium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E515 Potassium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E516 Calcium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E518 Magnesium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E524 Sodium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E525 Potassium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E526 Calcium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E527 Ammonium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E528 Magnesium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E529 Calcium Oxide Miscellaneous – Alkalis
/ E530 Magnesium Oxide Miscellaneous – Alkalis
/ E535 Sodium Ferrocyanide Miscellaneous – other Salts
/ E536 Potassium Ferrocyanide Miscellaneous – other Salts
/ E540 Dicalcium Ferrocyanide Miscellaneous – other Salts
/ E541 Sodium Aluminium Phosphate Miscellaneous – other Salts
? E542 Edible Bone Phosphate (Bone-Meal) Miscellaneous – Anti-Caking Agents
? E544 Calcium Polyphosphates Miscellaneous – Anti-Caking Agents
/ E545 Ammonium Polyphosphates Miscellaneous – Anti-Caking Agents
/ E550 Sodium Silicate A anticaking agent.
/ E551 Silicon Dioxide (Silica Salt) Miscellaneous – Silicon Salts
/ E552 Calcium Silicate Miscellaneous – Silicon Salts
/ E553 Magnesium Silicate / Magnesium Trisilicate (Talc) Miscellaneous – Silicon Salts
/ E554 Aluminium Sodium Silicate Miscellaneous – Silicon Salts
? E556 Aluminium Calcium Silicate Miscellaneous – Silicon Salts
/ E558 Bentonite Miscellaneous – other compounds
/ E559 Kaolin (Aluminium Silicate) Miscellaneous – other compounds
? E570 Stearic Acid Miscellaneous – other compounds
? E572 Magnesium Stearate Miscellaneous – other compounds
/ E575 Glucono Delta-Lactone Miscellaneous – other compounds
/ E576 Sodium Gluconate Miscellaneous – other compounds
/ E577 Potassium Gluconate Miscellaneous – other compounds
/ E578 Calcium Gluconate Miscellaneous – other compounds
? E620 L-Glutamic Acid Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E621 Monosodium Glutamate (MSG) Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E622 Monopotassium Glutamate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E623 Calcium Glutamate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E627 Sodium Guanylate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E629 Calcium Guanylate A flavor enhancer, Halal only if obtained from Halall sources.
? E630 Inosinic acid A flavor enhancer, Halal only if obtained from Halall sources.
? E631 Sodium Inosinate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E635 Sodium5-Ribonucleot ide Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E636 Maltol Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E637 Ethyl Maltol Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E900 Dimethylpolysiloxan e Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E901 Beeswax Miscellaneous – Glazing Agents
/ E903 Carnauba Wax Miscellaneous – Glazing Agents
? E904 Shellac Miscellaneous – Glazing Agents
/ E905 Mineral Hydrocarbons Miscellaneous – Glazing Agents
? E907 Refined Microcrystalline Wax Miscellaneous – Glazing Agents
/ E913 Lanolin It is from sheep wool and obtained without slaughtering the sheep.
? E920 L-Cysteine Hydrochloride Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E924 Potassium Bromate Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E925 Chlorine Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E926 Chlorine Dioxide Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E927b Carbamide Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E951 Aspartane A synthetic swetener.
/ E953 Isomalt A sweetener, it is Halal certified from a German company, it is Halal in USA.
/ E954 Sacharin A synthetic sweetener.
/ E965 Maltitol A sweetener and humectant.
? E966 Lactitol A sweeteber, Halal if obtained from Halal lactose and lactic acid
/ E967 Xylitol A sweetener.

Penunjuk:

/ = Halal
X = Haram
? = Syubahat/masybuh

Satu Kisah Benar Mimpi mati Hidup Semula




satu kisah benar seorang perempuan yang bermimpi mengenai mati dan diazab di dalam kubur.... dan skrg telah mendapat petunjuk dari Allah.

satu malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan takut.....aku melihat jasad ku dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar untuk disolatkan selepas aku sudah tiada disitu sampai dikebumikan.... aku mendengar talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan kubur ku....lalu datanglah malaikat (tapi aku tak nampak malaikat tu tapi hanya dengar suaranya je) menyoalku dengan baik dalam bahasa arab aku faham soalan yang diajukan....(dialam kubur... Allah akan memberi kefahaman untuk memahami bahasa arab yang disoal malaikat) tapi tak tau apa nak dijawab mulut ku pula tertutup rapat seperti digam dan aku sebenarnya nak bagi tau yang aku tak tau jawapannya....masa tu aku dipukul dengan tali yang daripada petir dan kilat....aku dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah tempat ku duduk (masa malaikat soal aku sedang duduk bukan baring) lalu malaikat menarik rambut ku keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan.....aku nangis menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar sakitnya kenapa aku siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah allah dan suami (masa itu tiba-tiba mulut ku boleh berkata).......Pada masa tulah aku dengar suara malaikat yang menakutkan itu bagi tau kamu memang taat pada suami.....dan kamu memang solat adakah solat kamu benar2 ikhlas dengan Allah...dan kamu tak pernah dakwah dengan jiran2 ,sedara2,adik beradik walaupun kamu tahu mereka buat dosa dan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna....dan lalai dari mengingati allah....(barulah aku sedar dengan dosa yang aku lakukan..... (dan teringat pula di dunia masa aku tengok tv dan bila mendengar azan aku fikir solat boleh qadak kerana cerita di tv belum habis nanti tak tau pula kesudahannya....dan terkadang aku fikir baru je solat nak solat lagi....dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan).....pada masa diazab aku merayu untuk dihidupkan kembali dan aku memanggil ya Allah ampunkan dosa ku aku tak tau pasal tu semua, kalau aku tau aku tak buat.....ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi aku janji takkan lalai lagi....dan aku dipukul untuk kali ke2 dengan soalan yang sama dan aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak tahan dengan siksaan kubur ku....malaikat berkata dengan suara yang menakutkan semua ahli neraka minta perkara yang sama iaitu minta dihidupkan semula tetapi tidak akan dilayan kerana didunialah tempat menentukan segalanya....aku tetap merayu....selepas itu aku terdengar satu suara beritahu bagi kesempatan sekali lagi untuknya....dan ketika itu malaikat memukul ku lalu aku tercampak dari kubur ku yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......aku tersentak bangun dari tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti baru di tuang air panas dasyat sekali walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2 terjadi....aku menangis tanpa henti2...dan memohon keampunan dari allah keatas dosa yang telah aku lakukan..... selepas tu aku mejalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa lagi iaitu masih tengok tv dan dengar radio...masa aku sedang tengok tv satu suara tanya dengan ku dimana janji kamu aku tersentak dan terus matikan tv dan beristifar.....malam tu aku bermimpi suara tu suruh aku tepati janji ku masa dialam barzakh.... Tidak lama selepas mimpi itu saya kini dapat mendengar suara malaikat yang akan menegur saya jika membuat salah dan akan menasihati saya bila ada kemuskilan.. sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat dan dipesan supaya jangan lalai.. maksud lalai aku dilarang tengok tv dan dengar radio kerna itu hiburan dunia yang kita asyik sekali sampai lupa Allah....esoknya radio aku didapur aku buang dan hifi aku pula tiba2 tak boleh mendengar siaran radio(Allah sentiasa kasihkan hambanya supaya tidak lalai mendengar radio) cuma boleh mainkan cd je hifi tu,dan lepas itu aku menggunakan hifi itu untuk mendengar nasyid...kerana aku fikir takpelah boleh dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan ku… boleh dengar nasyid yang memuji Allah dan zikir....lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar2 aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar2 firman allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...

Antaranya:-

- saya bukan di utus untuk berdakwah(diutus hanya untuk para nabi dan rasul), tapi di perintah oleh Allah untuk berdakwah dan dipesan kepada saya bahawa dosa saya tetap akan dihisab dan saya hanyalah sebagai manusia biasa yang diberi peringatan oleh Allah untuk khabarkan apa yang diperlihatkan oleh Allah kepada saya untuk disampaikan kepada ummat Muhammad sebelum terlambat.

- kita semua juga disuruh berdakwah antara satu sama lain dan disuruh menyayangi umat Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad menyayangi umatnya.

- Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w. kitab ini alquran tidak ada keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.

- Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Raa untuk Rasulullah.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab yang terang. Sesungguhnya telah kami turunkan quran dalam bahasa arab, mudah mudahan kamu memikirkannya.

- Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk Muhammad, Raa untuk Rasulullah bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab apa apa yang diturunkan kepada engkau (Muhammad s.a.w) dari tuhanmu adalah benar. Tetapi kebanyakkan manusia tiada mahu beriman.

- Doakan orang islam yang telah meninggal dunia didalam kubur supaya di ampunkan oleh Allah, termasuk dosa syirik.(dosa syirik yang dimaksudkan adalah syirik kecil yang tak disengajakan seperti pantang-pantang yang dicipta manusia(contoh org mengandung tak boleh duduk depan pintu,makan ubat... dan percaya ubat boleh baikkan sakit - dan semua yang mengenai bid`ah dan syirik kerana mereka tidak yakin pada Allah iaitu qadaq dan qadar Allah... pasal syirik dan bid`ah ni siksaan tentang ini amat pedih) dan disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil untuk org yang meninggal dunia adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan tidak akan dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh itu kita disuruh beramai ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.... dan diberi peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan sahaja dengan ikhlas dan tidak boleh berharap dan tugas Allah yang mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh ahli kubur islam itu....Dosa yang menyekutukan Allah (syirik yang besar) Allah memang tak akan ampunkan.... (contoh... seperti yang semua sedia maklum yang sudah diketahui oleh semua org) Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar dengan perintah Allah.

- Dan disuruh mengikut sebenar benar cara Rasulullah s.a.w buat.... dan diperingatkan bahawa umat akhir zaman ini belum tentu dapat masuk syurga kerana manusia skrg ini dah semakin jauh dari ajaran islam yang dibawa Rasulullah s.a.w dan terlalu ke arah hiburan yang melalaikan dari mengingati Allah dan tidak sama dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w....(maksudnya disuruh mengikuti sunnah rasulullah 100% dengan banyak berzikir dan mengingati Allah setiap masa untuk mencapai kejayaan di akhirat tanpa hiburan yang melalaikan dan melekakan daripada mengingati Allah)

- Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.

- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran(maksudnya membaca quran sambil mengetahui maksudnya), dan berhati hati merujuk hadith.

- Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.

- Disuruh mendidik anak dengan islam yang sebenarnya bermula dari kecil dan disuruh mengajar anak tentang kasih sayang Allah terhadap hambanya.

- setiap kali kita berdoa haruslah ditambah "Dengan Rahmat Allah" (seperti contoh... Ya Allah ampunkanlah dosaku dengan rahmatmu Ya allah....)

- Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit berdoalah kepada Allah supaya diampunkan dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit atau mengeluh.... kerana dengan rahmat Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah satu penghapus dosa didunia untuk hamba2nya...

- Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati Allah akan di azab dengan teruk. siksaan Allah amatlah pedih sekali. dengan kehendak Allah juga saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan azab kubur melalui mimpi bagi orang yang melalaikan org lain daripada mengingati Allah.... yang mana kubur mereka amat sedih sekali saya melihat siksaan kuburnya yang terbakar dengan api yang membakar dan dipukul dengan azabnya sehingga berdarah darah.... sebagai peringatan untuk tidak melalaikan manusia lain daripada mengingati Allah... seperti contoh untuk tidak mengaibkan nama sesiapa cukuplah saya memberitahu ianya adalah pelakon, penyanyi, dj yang telah meninggal dunia tanpa sempat bertaubat kepada Allah dan semua manusia yang melalaikan manusia lain dari mengingati Allah... saya amat kasihan sekali melihat mereka kerana mereka bermohon kepada Allah agar diampunkan dosanya dengan kata kata "Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah aku kedunia agar aku dapat bertaubat,ampunkan dosa aku kerana aku telah melalaikan ramai manusia daripada mengingatimu Ya Allah kerana aku tidak tahu dan aku fikir itu hanyalah sekadar hiburan dan bukanlah dosa besar" bagi yang telah membaca kisah ini... saya merayu kepada semua untuk mendoakan mereka semua dengan ikhlas kepada Allah agar dengan rahmat Allah mereka semua diampunkan dosa dosa kecilnya bagi meringankan azab kubur mereka.(cuba bayangkan diri saudara dan saudari sekalian berada ditempat mereka skrg ini… kasihanilah mereka dengan mendoakannya)

- Dan diberitahu kepada saya juga... bagi pelakon, penyanyi atau seperti contoh diatas yang telah meninggal dunia... selagi manusia skrg ini menonton filemnya selagi itulah mereka kena azab dan dosanya semakin banyak seramai manusia yang menontonnya atau menyanyikan nya... ( saya juga merayu kepada semua org.... jangan lah melihat cerita pelakon dan penyanyi terbabit yang telah meninggal dunia...(kasihanilah mereka diazab oleh Allah... mereka telah meninggal dunia dan tidak dapat kembali ke dunia... doakan lah mereka dengan ikhlas kepada Allah)

- Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya semua ini adalah sebagai tanda peringatan kepada saya, keluarga saya dan semua manusia. dan saya tetap manusia biasa dan dipesan kepada saya juga dosa saya juga tetap akan dihisab dan saya hanya disuruh menyampaikan sahaja kepada semua hambanya apa yang disuruh malaikat atas perintah Allah s.w.t seperti Firman Allah ini :

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (surah maidah ayat 19)

- Disuruh meyampaikan kepada semua wanita termasuk saya sendiri bahawa tidak boleh menggunakan tudung bentuk v kerana boleh menampakkan perhiasan dada wanita dari tepi (maksudnya apa sahaja tudung yang nipis atau selendang) dan disuruh memakai tudung bulat hingga menutupi semua bentuk perhiasan dada wanita dan wajib taat pada perintah Allah agar berjaya diakhirat.

- Tidak boleh melengahkan solat dan disuruh menyuruh hambanya agar menjaga solatnya.(maksudnya hendak atau tidak disuruh juga solat kerana Allah akan membayar segalanya pada akhirat nanti)

- Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.

- Allah akan tujuki Kepada sesiapa yang Allah kehendaki(bermaksud Allah lebih mengetahui isi hati manusia apakah mereka ikhlas kepada Allah dan cintakan Allah) dan Allah tak pernah pilih kasih terhadap hambanya.

- Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata.katakan Allah maha pengasih dan pengampun.

- Khabarkan kepada pendosa bahawa tiada dosa yang tidak dapat Allah ampunkan, sesungguhnya Allah Maha pengampun ,maha penyayang lagi maha mengasihani hambanya asal kamu bertaubat.(seperti PERUMPAMAAN bukan PERSAMAAN ... jika kamu mempunyai anak dan kamu kasihkan anak kamu... tidakkah kamu terfikir bahawa Allah yang menciptakan kita dan Allah lebih menyayangi hambanya melebihi 70 kali ganda dari seorang ibu atau bapa menyayangi anaknya. (seperti dalam satu hadis rasulullah s.a.w ada menyatakan tentang 70 kali ganda kasihnya Allah terhadap hambanya)

- Janganlah riak dengan amalan kita dan disuruh membimbing kepada yang lain. .....dan disuruh rujuk surah albaqarah ayat 137,153,156,157,159,168,186

,208,224,225,257,269,272, surah al maaidah ayat 16,48,al an'aam ayat 9,16 semua surah ali imran ,surah yusuf ayat105,106,107 surah ar ra'ad ayat 2,11,15,19,20,21,25,26,28,31,37,40, dan banyak lagi surah sebenarnya tapi tak pelah ini yang memang penting dikongsi bersama....

- Semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak ku gi kedai aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak2 ku dibawah lindungan mu ya Allah selamatkanlah anak2 ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh anak2 kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu dan yakin dengan Allah.

- Dan satu lagi pesan rasulullah dalam mimpi saya (ya ini dari Allah juga )kalau nak berjaya diakhirat ikutlah petunjuk alquran dan sunnah ku sunnah Rasulullah......

- Semua petunjuk yang diberikan adalah untuk menyuruh manusia lain dan saya sendiri agar mengikuti ajaran islam yang sebenarnya agar mencapai kejayaan akhirat dan agar tidak menangis di akhirat. Dan Saya juga berharap agar supaya tidak mempercayai saya kerana mahluk yang diciptakan Allah memang tiada kuasa langsung tetapi percayalah pada Allah yang membuat semua ini. Dan semua yang berlaku pada saya hanyalah kehendak Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman. (Surah Al-An`am : Ayat 109)

Dan kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung. (Surah Al-An`am : Ayat 110)

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An`am: Ayat 111)

Ps: segala bentuk penulisan diambil secara langsung dari kata katanya… harap diampunkan saya jika tersilap menaip disini dan pada Allah saya memohon ampun jika saya tersilap.

dan jika dilihat orangnya... dia teramat mencintai Allah dan Rasulnya... (macam rabiatul adawiyah pula)... maka tidak mustahil bagi Allah mengurniakan nikmatnya untuk hamba hamba yang taat padanya.

insya Allah... jika diizinkan suaminya nanti aku ambik videonya untuk dimasukkan ke sini... kerana skrg ni kalau dia menceritakan azab yang menimpanya pasti dia akan menangis... atas sebab itu aku delaykan dulu sesi pengambarannya....

untuk tidak mengelirukan mana mana pihak.... disini tidak dinyatakan tentang malaikat itu... mungkin kerana terlupa menaipnya... sehingga banyak orang menyangka ini adalah jin islam atau sebagainya yang boleh menyebabkan syirik dan khurafat kerna yakin selain dari Allah. Perempuan tersebut mendengar suara malaikat adalah melalui suara hati pada bulan puasa dan selebihnya selepas bulan puasa banyak daripada mimpi dan tidaklah nampak wajah malaikat cuma suaranya sahaja dan beliau menyatakan beliau tidak pernah mendengar melalui telinga. Perlu difikirkan juga bahawa azab kubur adalah rahsia... walaupun jin sekalipun tetap tidak boleh melihat apatah lagi membayangkan... tidak terfikirkah kamu kenapa perempuan itu dapat melihat azab kubur.... bukankah itu semua atas kehendak Allah yang maha kuasa. dan tidak perlu percaya jika tidak peraya kerna semua ini akan terjawab apabila semua orang dihimpunkan diakhirat kelak cuma yang penting fahami maksud yang hendak disampaikan dan percayalah pada ayat ayat Allah.

sebenarnya perempuan itu tidaklah berdamping dengan malaikat tetapi pada sebelum ramadhan dan pada bulan ramadhan yang lalu dapat maklumat sebegitu untuk disampaikan kepada semua orang... perempuan itu tidaklah melihat rupa malaikat tersebebut... dan dia juga telah ditunjukkan oleh Allah untuk mendapat malam lailatul qadar... dia juga mendapat nama Allah yang keseratus pada bulan ramadhan... semua ini berlaku kerana kehendak Allah dan malaikat tidak akan sekali kali melakukan tugas sukarela tanpa arahan dari yang maha kuasa iaitu Allah yang maha kuasa, pencipta, pemelihara dan penguasa pada setiap mahluknya.

dan perempuan itu juga mengajar cara untuk mencari keredhaan Allah adalah dengan ikhlas... dan tidak boleh sesekali berharap dengan harapan yang tinggi untuk urusan duniawi pada Allah. (itulah ikhlas... kerna jika mereka2 yang berharap pada urusan duniawi yang mana Allah tidak makbulkan doa mereka2 semua... pasti mereka mencari jalan lain yang boleh menyebabkan syirik contoh berjumpa bomoh dan sebagainya).. maka disini diajarkan... berharaplah dengan harapan yang tinggi menggunung untuk urusan akhirat iaitu agar diampunkan dosa, agar dijauhkan siksa kubur, agar jauhkan api neraka, agar dimasukkan ke syurga, agar diterima amalan.. dan lain lain lagi urusan akhirat dengan berdoa yang sungguh sungguh.dan dia mengajar supaya buatlah segalanya dengan niat ikhlas dan hanya kerana Allah ta`ala sahaja.

ini semua bukan direka untuk mencari publisiti atau pun sebagainya....

ini kerana dunia sudah nak akhir zaman... macam macam yang pelik pelik berlaku.....

apapun perempuan tu sendiri dah bagi tau jangan percayakan dia tapi percaya lah semua tu berlaku atas kehendak Allah dan percaya pada Allah....

untuk tidak mengelirukankan pendapat dari mana mana pihak yang mengatakan ajaran sesat.... sila search kat google... ada dua orang kisah budak ajaib... yang mana budak ini lahir dari perut orang kristian....

tetapi... apabila berumur satu tahun setengah dia berkata dengan kata kata ajaib kepada ibu bapanya iaitu " APABILA KAMU BERIMAN KAMU AKAN DITERIMA OLEH ALLAH' dan menyuruh mengikut cara islam yang disampaikan rasulullah s.a.w dan satu lagi kisah budak ajaib... berumur 4 tahun mendapat semua maklumat dari seorang lelaki didalam mimpinya menyeru semua manusia mengikut syariat rasulullah s.a.w

Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

dan yang paling sedih kisah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia dibaling batu dan dihina di taif dan Nabi pun berdoa :

“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”

“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”

“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”

“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”

“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”

jika masih ragu ragu atas semua info ini.... satu sahaja jalannya iaitu sembahyang dan minta petunjuk dari Allah tentang semua ini apakah benar atau sebaliknya. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

dan satu lagi bila berdoa... berdoalah dari hati kita terus kepada Allah dalam redha, tawadduk dan ikhlas kepada Allah kerna tiada satu mahluk pun dapat mengetahui isi hati melainkan hanyalah Allah sahaja. dan jika berdoa menggunakan suara maka syaitan dan jinlah yang akan membuat pelbagai soalan sehingga menuju kearah kesesatan yang nyata.INGATLAH HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA BERKUASA TERHADAP SEGALA SESUATU.

dan telah kita ketahui.... sabda rasulullah bahawa.... dalam 73 puak hanya satu yang sampai....

bermakna dalam anggaran 1000 orang hanya satu manusia yang berjaya masuk ke syurga...